Followers

Monday 23 January 2012

Friend Get Friends!!!

BERITA BAIK!!!!!

Ganjaran untuk anda para pelajar Pusat Pembelajaran Dunia Cendekia (PDC)...

- Mahu beli prepaid tapi tiada duit?
- Mahu makan Mc Dee tapi ibu ayah belum gaji?
- Mahu beli novel terbaru tapi poket tak berisi?
- Mahu berlibur-libur, bermaik bowling dan menonton wayang dengan kawan-kawan tapi... 

Semua kekangan adalah kerana duit!!!

Tapi... jangan risau dan bersedih lagi...

Bawa lebih ramai rakan menyertai PDC untuk lebih banyak ganjaran!!!

PDC akan membayar anda RM 25 bagi setiap seorang rakan yang anda bawa.

Pastikan rakan anda menulis nama anda pada borang pendaftaran untuk membolehkan anda menerima RM 25 daripada pihak kami. 

Rakan kesepuluh, kedua puluh dan seterusnya akan dibayar RM 50.

Teruskan setia bersama kami untuk lebih banyak ganjaran!!!



Sunday 22 January 2012

Selamat datang ke blog rasmi PDC!!!

Assalamu'alaikum... salam sejahtera...

Dari meja pengarang, mewakili pengetua, tutor dan sekalian warga kerja balik tabir Pusat Pembelajaran Dunia Cendekia (PDC), kami mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman sesawang ini. 

Mengenali kami, bermula dengan hanya seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Feeda, seorang guru berpengalaman dalam bidang pendidikan khususnya subjek sejarah dan Bahasa Melayu, kami bermula dengan hanya beroperasi dari rumah dan menawarkan servis tutor bagi dua subjek tersebut ke rumah pelanggan. Alhamdulillah, akhirnya pada Jun 2011, kami menyewa sebuah ruang kedai bersaiz sederhana dan mula menawarkan subjek yang lebih bervariasi bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. 

Kami menumpukan perhatian yang serius terhadap kelas-kelas peperiksaan (UPSR / PMR / SPM dan STPM) tanpa membelakangkan pelajar-pelajar yang bukan berada dalam tahun peperiksaan. Kami mempraktikkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza-beza bagi para pelajar kami mengikut peringkat usia dan disesuaikan dengan perkembangan psikologi pelajar tersebut sendiri disamping mengambil kira silibus terkini yang diguna pakai kementerian pendidikan di negara ini. Antara teknik P & P yang digunakan di pusat pembelajaran kami adalah:

a) Pelajar berusia 6 - 9 tahun (tahap 1 sekolah rendah): Kaedah P & P mudah disamping kreatif dengan kepelbagaian alat bantu mengajar seperti mainan, menggunakan objek-objek berwarna terang, kad suku kata, kad imbas, gambar-gambar menarik, aktiviti melukis & mewarna serta menggunakan buku latihan yang dimuatkan dengan gambar dan tulisan bersaiz besar.

b) Pelajar berusia 10 - 12 tahun (tahap 2 sekolah rendah): Kaedah P & P yang kreatif dengan bentuk pembelajaran berunsur keseronokan seperti kuiz, teka silang kata, membentuk suku kata daripada perkataan panjang dan bercerita. Mereka didedahkan kepada sesi ejaan (bagi Bahasa Melayu), sesi spelling (bagi Bahasa Inggeris) dan congak serta menghafal sifir (bagi Matematik). Penggunaan kamus bergambar pada peringkat ini adalah sangat membantu.

c) Pelajar 13 - 15 tahun: Kaedah pembelajaran yang menjurus kepada penerangan, cerita berkaitan, ransangan melalui peta minda dan visual, kata-kata pujian serta soalan cepu emas (soalan spontan yang disusuli dengan hadiah). Kaedah ini adalah bersesuaian dengan jiwa mereka yang sukakan cabaran disamping mendambakan dorongan, perhatian dan penghargaan.

d) Pelajar berusia 16 -17 tahun: Memandangkan mereka akan berdepan dengan peperiksaan penting yang menentukan masa depan, kaedah yang digunakan adalah bersifat penerangan, latih tubi berganda, perbincangan berkumpulan, 'presentation' dan menjawab soalan-soalan ramalan SPM. Pendekatan kami adalah lebih kepada emosi dan psikologi pelajar yang mana kami cuba mewujudkan budaya pembelajaran menyeronokkan kepada mereka. Kami menjadikan mereka rakan, menjadi pendengar setia masalah mereka dan berkongsi cerita serta hiburan dengan mereka. Hal ini kerana mereka berada di ambang remaja dan menuntut perhatian, kasih sayang serta galakan secara berlebihan. Emosi mereka tidak stabil dan mereka tidak suka dihukum oleh orang yang tidak dekat di hati mereka. Bersifat memberontak dan sangat ingin tahu, mereka perlu dilayan seperti orang dewasa dan tidak diperlekehkan terutama di khalayak ramai. Menjelang minggu peperiksaan, mereka akan disogok dengan koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun terdahulu, kerap dinasihatkan, dipuji, disokong dan didorong bagi memastikan mental mereka benar-benar bersedia.

Di PDC, kami bukan hanya mengajar malah kami mendidik. Pencapaian akademik menjadi teras kebanggaan kami tetapi dalam masa yang sama, sahsiah dan personaliti diri pelajar tetap kami berikan penekanan. Aspek kemanusiaan seperti derma, simpati dan ehsan tidak kami lupakan disamping soal keagamaan. 

Hari ini, di premis baru PDC yang terletak di Taman Ampang Indah, kami menyeru ibu bapa agar memberi ruang dan peluang kepada kami untuk mendidik anak-anak anda. Berikanlah kepercayaan dan kerjasama kepada kami. Nescaya kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melonjakkan potensi diri dalam diri anak-anak anda. 

Sekian... terima kasih kerana melawat laman sesawang ini. Semoga kita semua selalu berada dalam redha Ilahi. Amin dan Assalamu'alaikum...



Pusat Pembelajaran Dunia Cendekia (PDC)
"Komited Mendidik!"

Pengasas: Cik Feeda Yusof (Pengetua / Tutor)
Alamat: Taman Ampang, Selangor
Cawangan: Kuaters ATM Desa Pasifik, Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-42874136
Fan Page: http://www.facebook.com/pages/Pusat-Pembelajaran-Dunia-Cendekia
Emel: pdcampang@gmail.com