Followers

Sunday 22 April 2012

Kelas Pakej 'Privilege'

Belajar secara langsung daripada Cikgu Feeda... 

Dengan pengalaman melebihi 8 tahun dalam industri tusyen, ditambah pula dengan penguasaan cemerlang dalam Bahasa Melayu dan Sejarah, kini Cikgu Feeda menawarkan 'privilege package classes' kepada para pelajar...

Orientasi yang mirip kaedah home tuition tetapi dengan yuran yang lebih rendah dan berpatutan. Suasana pembelajaran kondusif dan bahan bantu belajar yang mencukupi dibekalkan.

Pakej eksklusif ini dibuka sekarang!!!

Subjek yang ditawarkan (diajar oleh Cikgu Feeda)

S1 - S6 : Bahasa Melayu (kertas 1 dan 2)

F1 - F5 : Bahasa Melayu dan Sejarah

F6 : Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Am (Paper 1)

Uni. level : Pengajian Kenegaraan, Hubungan Etnik dan Titas


Setiap sesi adalah 1.5 jam. kekerapan seminggu sekali (dipertimbangkan untuk dua kali seminggu dengan yuran tambahan)

Kelas pada hari minggu (Isnin - Jumaat): Pagi - Petang

Bilangan pelajar dalam 1 kelas: maksimum 4 orang.

Segala nota, buku latihan dan latih tubi tambahan akan disediakan. Sesi pembelajaran dengan bantuan akses internet dijalankan dengan akses internet secara percuma.

Segala keperluan untuk pembelajaran secara pembentangan dan perbincangan kumpulan dibekalkan oleh Cikgu Feeda.

Muat turun 'Slide show' yang disediakan sendiri oleh Cikgu Feeda tanpa caj.

Berminat? Hubungi Cikgu Feeda untuk sesi janjitemu atau sebarang pertanyaan.

017 - 705 6318
03 - 4287 4136 (office)


* Terdapat juga subjek lain dan pakej tusyen secara berkumpulan yang ditawarkan. Jangan lupa lawati facebook kami...

Jangan tunggu lagi!!! Buat keputusan segera sekarang!!!

Wednesday 28 March 2012

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 - Kali ke-8


Karnival Pengajian Tinggi Negara datang lagi!!!

Para pelajar PDC, terutama mereka yang berada dalam tingkatan 5, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini yang akan berlangsung pada 31 Mac hingga 1 April 2012, bertempat di Mines International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival berlangsung. Paling penting, anda akan mendapat pelbagai informasi berguna berkaitan kursus dan universiti. Anda pasti akan dapat melihat dengan lebih jelas hala tuju selepas SPM nanti...

Jadi... apa tunggu lagi? Jom kita pakat ramai-ramai pi sana!!!

Tahniah kepada yang berjaya...

Salam...

Alhamdulillah... Keputusan SPM 2011 sudah pun diumumkan beberapa hari yang lalu. Segala debaran calon dan guru sudah terjawab. Senyum dan tawa ceria menghiasi wajah berseri para pelajar yang berjaya. Tahniah daripada kami, seluruh warga PDC buat kesemua calon yang mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM, khususnya para pelajar PDC... 

Kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan kecewa. Ini hanyalah permulaan kepada sebuah kehidupan... Jangan mudah berputus asa kerana ia merupakan sikap yang dikutuk dalam agama. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Jalan kejayaan masih terbentang di hadapan, asal sahaja anda pandai merebut peluang tersebut!!!

Sama ada kepada yang berjaya atau yang gagal, kenal pasti hala tuju anda agar anda tidak tersilap dalam membuat percaturan. Pertimbangkan dengan baik segala tawaran yang datang dan dapatkan nasihat daripada yang arif jika anda tidak pasti dengan pilihan yang ada. 

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua tenaga pengajar yang telah bertungkus-lumus dalam mendidik dan membangunkan kecemerlangan akademik para pelajar PDC. Semoga segala pengorbanan, keikhlasan serta kesabaran anda semua mendapat sebaik-baik balasan daripadaNYA.


Monday 23 January 2012

Friend Get Friends!!!

BERITA BAIK!!!!!

Ganjaran untuk anda para pelajar Pusat Pembelajaran Dunia Cendekia (PDC)...

- Mahu beli prepaid tapi tiada duit?
- Mahu makan Mc Dee tapi ibu ayah belum gaji?
- Mahu beli novel terbaru tapi poket tak berisi?
- Mahu berlibur-libur, bermaik bowling dan menonton wayang dengan kawan-kawan tapi... 

Semua kekangan adalah kerana duit!!!

Tapi... jangan risau dan bersedih lagi...

Bawa lebih ramai rakan menyertai PDC untuk lebih banyak ganjaran!!!

PDC akan membayar anda RM 25 bagi setiap seorang rakan yang anda bawa.

Pastikan rakan anda menulis nama anda pada borang pendaftaran untuk membolehkan anda menerima RM 25 daripada pihak kami. 

Rakan kesepuluh, kedua puluh dan seterusnya akan dibayar RM 50.

Teruskan setia bersama kami untuk lebih banyak ganjaran!!!



Sunday 22 January 2012

Selamat datang ke blog rasmi PDC!!!

Assalamu'alaikum... salam sejahtera...

Dari meja pengarang, mewakili pengetua, tutor dan sekalian warga kerja balik tabir Pusat Pembelajaran Dunia Cendekia (PDC), kami mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman sesawang ini. 

Mengenali kami, bermula dengan hanya seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Feeda, seorang guru berpengalaman dalam bidang pendidikan khususnya subjek sejarah dan Bahasa Melayu, kami bermula dengan hanya beroperasi dari rumah dan menawarkan servis tutor bagi dua subjek tersebut ke rumah pelanggan. Alhamdulillah, akhirnya pada Jun 2011, kami menyewa sebuah ruang kedai bersaiz sederhana dan mula menawarkan subjek yang lebih bervariasi bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. 

Kami menumpukan perhatian yang serius terhadap kelas-kelas peperiksaan (UPSR / PMR / SPM dan STPM) tanpa membelakangkan pelajar-pelajar yang bukan berada dalam tahun peperiksaan. Kami mempraktikkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza-beza bagi para pelajar kami mengikut peringkat usia dan disesuaikan dengan perkembangan psikologi pelajar tersebut sendiri disamping mengambil kira silibus terkini yang diguna pakai kementerian pendidikan di negara ini. Antara teknik P & P yang digunakan di pusat pembelajaran kami adalah:

a) Pelajar berusia 6 - 9 tahun (tahap 1 sekolah rendah): Kaedah P & P mudah disamping kreatif dengan kepelbagaian alat bantu mengajar seperti mainan, menggunakan objek-objek berwarna terang, kad suku kata, kad imbas, gambar-gambar menarik, aktiviti melukis & mewarna serta menggunakan buku latihan yang dimuatkan dengan gambar dan tulisan bersaiz besar.

b) Pelajar berusia 10 - 12 tahun (tahap 2 sekolah rendah): Kaedah P & P yang kreatif dengan bentuk pembelajaran berunsur keseronokan seperti kuiz, teka silang kata, membentuk suku kata daripada perkataan panjang dan bercerita. Mereka didedahkan kepada sesi ejaan (bagi Bahasa Melayu), sesi spelling (bagi Bahasa Inggeris) dan congak serta menghafal sifir (bagi Matematik). Penggunaan kamus bergambar pada peringkat ini adalah sangat membantu.

c) Pelajar 13 - 15 tahun: Kaedah pembelajaran yang menjurus kepada penerangan, cerita berkaitan, ransangan melalui peta minda dan visual, kata-kata pujian serta soalan cepu emas (soalan spontan yang disusuli dengan hadiah). Kaedah ini adalah bersesuaian dengan jiwa mereka yang sukakan cabaran disamping mendambakan dorongan, perhatian dan penghargaan.

d) Pelajar berusia 16 -17 tahun: Memandangkan mereka akan berdepan dengan peperiksaan penting yang menentukan masa depan, kaedah yang digunakan adalah bersifat penerangan, latih tubi berganda, perbincangan berkumpulan, 'presentation' dan menjawab soalan-soalan ramalan SPM. Pendekatan kami adalah lebih kepada emosi dan psikologi pelajar yang mana kami cuba mewujudkan budaya pembelajaran menyeronokkan kepada mereka. Kami menjadikan mereka rakan, menjadi pendengar setia masalah mereka dan berkongsi cerita serta hiburan dengan mereka. Hal ini kerana mereka berada di ambang remaja dan menuntut perhatian, kasih sayang serta galakan secara berlebihan. Emosi mereka tidak stabil dan mereka tidak suka dihukum oleh orang yang tidak dekat di hati mereka. Bersifat memberontak dan sangat ingin tahu, mereka perlu dilayan seperti orang dewasa dan tidak diperlekehkan terutama di khalayak ramai. Menjelang minggu peperiksaan, mereka akan disogok dengan koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun terdahulu, kerap dinasihatkan, dipuji, disokong dan didorong bagi memastikan mental mereka benar-benar bersedia.

Di PDC, kami bukan hanya mengajar malah kami mendidik. Pencapaian akademik menjadi teras kebanggaan kami tetapi dalam masa yang sama, sahsiah dan personaliti diri pelajar tetap kami berikan penekanan. Aspek kemanusiaan seperti derma, simpati dan ehsan tidak kami lupakan disamping soal keagamaan. 

Hari ini, di premis baru PDC yang terletak di Taman Ampang Indah, kami menyeru ibu bapa agar memberi ruang dan peluang kepada kami untuk mendidik anak-anak anda. Berikanlah kepercayaan dan kerjasama kepada kami. Nescaya kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melonjakkan potensi diri dalam diri anak-anak anda. 

Sekian... terima kasih kerana melawat laman sesawang ini. Semoga kita semua selalu berada dalam redha Ilahi. Amin dan Assalamu'alaikum...



Pusat Pembelajaran Dunia Cendekia (PDC)
"Komited Mendidik!"

Pengasas: Cik Feeda Yusof (Pengetua / Tutor)
Alamat: Taman Ampang, Selangor
Cawangan: Kuaters ATM Desa Pasifik, Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-42874136
Fan Page: http://www.facebook.com/pages/Pusat-Pembelajaran-Dunia-Cendekia
Emel: pdcampang@gmail.com