Followers

Wednesday 28 March 2012

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 - Kali ke-8


Karnival Pengajian Tinggi Negara datang lagi!!!

Para pelajar PDC, terutama mereka yang berada dalam tingkatan 5, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi karnival ini yang akan berlangsung pada 31 Mac hingga 1 April 2012, bertempat di Mines International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival berlangsung. Paling penting, anda akan mendapat pelbagai informasi berguna berkaitan kursus dan universiti. Anda pasti akan dapat melihat dengan lebih jelas hala tuju selepas SPM nanti...

Jadi... apa tunggu lagi? Jom kita pakat ramai-ramai pi sana!!!

Tahniah kepada yang berjaya...

Salam...

Alhamdulillah... Keputusan SPM 2011 sudah pun diumumkan beberapa hari yang lalu. Segala debaran calon dan guru sudah terjawab. Senyum dan tawa ceria menghiasi wajah berseri para pelajar yang berjaya. Tahniah daripada kami, seluruh warga PDC buat kesemua calon yang mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM, khususnya para pelajar PDC... 

Kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan kecewa. Ini hanyalah permulaan kepada sebuah kehidupan... Jangan mudah berputus asa kerana ia merupakan sikap yang dikutuk dalam agama. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Jalan kejayaan masih terbentang di hadapan, asal sahaja anda pandai merebut peluang tersebut!!!

Sama ada kepada yang berjaya atau yang gagal, kenal pasti hala tuju anda agar anda tidak tersilap dalam membuat percaturan. Pertimbangkan dengan baik segala tawaran yang datang dan dapatkan nasihat daripada yang arif jika anda tidak pasti dengan pilihan yang ada. 

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua tenaga pengajar yang telah bertungkus-lumus dalam mendidik dan membangunkan kecemerlangan akademik para pelajar PDC. Semoga segala pengorbanan, keikhlasan serta kesabaran anda semua mendapat sebaik-baik balasan daripadaNYA.