Followers

Wednesday 28 March 2012

Tahniah kepada yang berjaya...

Salam...

Alhamdulillah... Keputusan SPM 2011 sudah pun diumumkan beberapa hari yang lalu. Segala debaran calon dan guru sudah terjawab. Senyum dan tawa ceria menghiasi wajah berseri para pelajar yang berjaya. Tahniah daripada kami, seluruh warga PDC buat kesemua calon yang mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM, khususnya para pelajar PDC... 

Kepada mereka yang kurang bernasib baik, jangan kecewa. Ini hanyalah permulaan kepada sebuah kehidupan... Jangan mudah berputus asa kerana ia merupakan sikap yang dikutuk dalam agama. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Jalan kejayaan masih terbentang di hadapan, asal sahaja anda pandai merebut peluang tersebut!!!

Sama ada kepada yang berjaya atau yang gagal, kenal pasti hala tuju anda agar anda tidak tersilap dalam membuat percaturan. Pertimbangkan dengan baik segala tawaran yang datang dan dapatkan nasihat daripada yang arif jika anda tidak pasti dengan pilihan yang ada. 

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua tenaga pengajar yang telah bertungkus-lumus dalam mendidik dan membangunkan kecemerlangan akademik para pelajar PDC. Semoga segala pengorbanan, keikhlasan serta kesabaran anda semua mendapat sebaik-baik balasan daripadaNYA.


No comments:

Post a Comment